Wednesday, May 11, 2011

hanya untuk dia....

AKU AMAT MERASA KEHILANGANNYA....

kitaorang lahir pada tarikh yang berbeza tapi dalam tahun yang sama... Ali lahir dulu pada 12 April 1992, aku lahir pada 20 November 1992... aku selalu kena buli dengan ali.... ali kata aku senang kena buli sebab aku ni perempuan... perempuan kan
lemah, kuat nangis.... bila tanya kenapa dia suka buli aku??? dia jawab "sebab kau lahir lambat, aku lahir dulu jadi aku yang tua...." kalau ikutkan pangkat dalam keluarga aku nie makcik dia.... apa boleh buat.... lahir lambat, perempuan lak tu....ni cerita waktu kitaorang budak-budak waktu belum sekolah lagi....




ali!!!!!!!!! ika!!!!!!!!!! balik!!!!...... (sampai rumah, batang kayu lekat kat punggung Zzzapp! bunyinya) kan mak dah kata jangan main banjir! degil sangat kau berdua nie kenapa!!! huhuhuhuhuhuhuhuhu.... kena pukul sudah... tu la akibatnya kalau curi-curi main banjir... hehehehehehehe... tak pasal-pasal kena tibai....

"mana la cakar sampah aku nie... ko ada nampak cakar sampah aku tak Ram??" tanya ibu kat mak ali... " entah la, aku punya cakar sampah pun tak nampak kat mana" jawab mak ali... "ali mak dengan ibu tak marah ke, kita bakar cakar sampah ni?" "ala nak marah buat apa, nanti mak dengan ibu beli yang baru..."..... penat mak kitaorang cari cakar sampah.... rupanya kitaorang dah bakar cakar sampah tu kat bawah pokok limau belakang rumah aku...... hehehehehehehehe... bila bau hangitkeluar apa lagi kenal bedal la kitaorang dengan mak-mak kitaorang....hahahahahahaha.....  tak pasal-pasal dapat pukulan selipar jepun ibu aku... hehehehehehe..

bila kitaorang dah umur 6 tahun, kitaorang sekolah kat sekolah tadika yang sama... seronok gila dapat sekolah masa tu.. kitaorang duduk sebelah, makan pun duduk sebelah sampai cikgu tadika pelik tengok kiteorang... siap tanya dengan mak bapak kitaorang lagi, apa hubungan kitaorang ni... bila mak jelaskan semua, baru la cikgu tahu yang aku ni makcik kepada ali... kat sekolah tadika ada satu peristiwa yang berlaku... kat sini la kitaorang pandai simpan-simpan rahsia...... ceritanya bermula aku dengan kawan-kawan main lompat parit... kawan-kawan semua dah lepas sebab diaorang tinggi-tinggi, bila sampai aku yang lompat,  tak lepas sebab aku nie kecik je orangnya.... habis luka bibir aku waktu tu.... bila nak balik tu bibir aku bengkak... aku pun takut la ibu marah sebab aku main lompat parit... ali pun takut gak sebab dia tak jaga aku betul-betul... dipendekkan cerita kitaorang dah pun menipu ibu.... ali cakap yang kawan aku tolak aku sampai aku jadi macam tu... kali ni kiteorang lepas.... tak kena pukul...hehehehehehe berjaya tak lakonan kitaorang.....

bila dah naik sekolah rendah macam-macam gosip yang kitaorang lalui bersama.... ada cikgu-cikgu sekolah cakap kitaorang ni bercinta.... tak ke aneh tu bunyinya....sampai la satu hari tu, kalau tak silap waktu tu kitaorang darjah 6... ada seorang budak perempuan yang suka kat ali... aku dengan ali kan rapat, balik sekolah sama-sama, pergi mandi sungai sama-sama la, kiranya mana ada ali situ gak ada aku, mana ada aku situ gak ada ali.. jadi, budak perempuan tu ingat aku ni makwe si ali.... tak pasal-pasal aku kena tampar... nasib baiklah aku ni pandai melawan, aku pun tumbuk muka budak tu.... esoknya kitaorang kena panggil dengan GPK HEM... bila di siasat... aku tidak bersalah..... alahamdullilah.... tp tu pun masih menjadi isu kat sekolah... bila hari terbuka sekolah, ramai cikgu-cikgu yang cakap kitaorang ni bercinta kat mak bapak kitaorang... tp bila mendapat penjelasan baru la yang diorang faham, aku ni makcik kepada ali..... dahsyat-dahsyat.....

aku ni suka sangat ponteng sekolah.... cikgu-cikgu pun asyik tanya kat ali je kenapa aku tak datang..... kesian ali jadi mangsa keadaan.... hehehehehehe....aku ni selalu kena buli kat sekolah.... jadi, ali selalu lindungi aku bila aku kena buli... kiranya dia tu hero aku la.... hehehehehehehe dia pernah janji yang dia akan jaga aku sepanjang masa..... walaupun kitaorang ni suka buli antara satu sama lain... tapi kitaorang saling menyayangi....gaduh kitaorang tu tak la berminggu-minggu, pagi gaduh...tengahari dah leh gurau.... hubungan kitaorang ni membuatkan ramai kawan-kawan kitaorang cemburu....mak dengan ibu selalu cakap kitaorang ni macam belangkas..... indahnya waktu tu... kalau la masa leh diundur.....

bila naik sekolah menengah, kitaorang dapat satu kelas yang sama... kedudukan dalam kelas??? of course la! kitaorang duduk sebelah... bila naik form 1, kitaorang jadi nakal sikit.... kitaorang ponteng kelas sama-sama.... ponteng sekolah pun sama-sama.... bila waktu ujian..... ali mesti duduk depan aku.... sebab apa?? mesti la nak jawapan dari aku... lagi-lagi subjek matematik.... aku mesti kena tolong dia... sebab kalau dia tak lulus aku gak kena marah... so, jalan yang terbaik ialah meniru.... hehehehehehehe.... yela, kalau tak meniru kitaorang kena marah..... sebab apa?? kalau seorang yang lulus, seorang tak lulus, mesti yang lulus kena marah sebab tak ajar yang tak lulus tu..... macam-macam hal dalam hidup kitaorang ni.....sebab tu markah kitaorang sama je dalam ujian..... syok kan!! member yang terbaik tu.... seronoknya kalau benda tu kekal sepanjang masa....

bila naik form 4, kitaorang dah tak satu kelas lagi..... pembahagian kelas mengikut keputusan PMR waktu tu.... aku dapat kelas sains... ali lak dapat kelas sastera....emmm.... tak apa lah..... kau orang ingat, kalau kitaorang tak satu kelas, kitaorang ni terus renggang??? memang tak la!! kitaorang still rapat lagi..... tapi perangai ali berubah sikit... mungkin sebab terpengaruh dengan rakan-rakan.... sampai lah satu hari tu, dia kena tangkap dengan polis sebab ponteng kelas....aku tak nak dia kena marah dengan ibu... jadi aku rahsiakan dari ibu hal tu..... sampai la ibu tahu sendiri...... lepas tu apa lagi bernanah la telinga aku dengar ibu membebel...... tak apa lah anak saudara punya pasal.... tahan je lah....

satu hari tu, heboh satu sekolah yang ali kena buang sekolah sebab kes ugut..... ramai yang tanya kat aku sama ada  betul atau tak..... emmmm busy body betul budak-budak sekolah ni.... hal tu aku still rahsiakan daripada ibu.... sebab aku tak ali kena marah dengan ibu.... waktu tu pun ali ada suruh aku rahsiakan daripada family aku... so, sebagai sahabat yang setia aku pun rahsia kan..... sampai lah, mak yang bagitahu kat ibu yang ali kena buang sekolah sebab kes ugut.... macam-macam usaha gak kitaorang buat supaya ali dapat sekolah balik tapi tak dapat...... kesian betul ali waktu tu... ramai cakap yang bukan-bukan pasal dia......

lepas habis SPM, aku dapat panggilan untuk menjalani PLKN manakala ali tak dapat.... waktu tu aku sedih gila sebab aku seorang je yang kena pergi.... dalam fikiran aku, kalau tak ada ali, siapa yang jaga aku..... pada masa 8 Mei 2010, petang selepas aku habis latihan untuk hari itu, aku mendapat satu SMS daripada kakak aku.... " adik, ali acident pagi tadi pukul 9.30 pagi, sekarang dia ada dekat hospital wad ICU, dia koma sekarang...." jantung aku seperti nak gugur waktu tu....
kemudian abang ali telefon... "mak su, sekarang ali kat wad kecemasan, doktor nak buang tempurung kepala dia sebab ada pendarahan kat kepala die".... waktu tu, lutut aku terus menjadi lemah dan mengigil..... aku menangis kerana takut kehilangan dia...... tapi alhamdullilah dia dapat di selamatkan....

selepas tamat PLKN, aku pulang ke rumah.... pada hari minggu akak bawa aku pergi hospital melawat ali..... alangkah terkejutnya aku melihat keadaan ali pada waktu tu.... kepala yang tidak bertempurung...matanya hanya mengalirkan darah sentiasa.... dia dah tidak seperti dulu!!!!!!! dia tak boleh berbual dengan aku lagi.... sebak hati aku melihat keadaan dia, sehingga aku tak boleh mengawal air mata aku..... teman yang sering bergurau senda, kini sudah tidak seperti dulu lagi..... kenapa harus ini berlaku!!!!!!! hati aku sering memberontak.... aku tidak dapat menerima ini semua!!! ya allah kembalikan sahabat aku seperti asalnya!!! aku menangis tanpa henti..... setelah itu, aku sering kesunyian... tiada gelak ketawa yang aku dengar dari dia lagi..... aku hanya bercerita tanpa ada respond dari dia..... dia hanya terlantar di katil.... ali tak boleh memberi sebarang respond dengan apa yang aku ceritakan kepada dia...... aku baring di sebelah dia dan aku sering katakan yang aku rindukan dia..... dan aku sering kata kan yang aku sayangkan dia walaupun dia berkeadaan seperti itu.....

4 Mei 2011..... "adik dah lama tak tengok ali,sibuk nak periksa kan..." kata aku pada ibu.... "ali tak ada kat rumah, ali masuk hospital..." kata ibu kepada aku..... kenapa aku tak tahu yang ali masuk hospital??? kenapa ibu tak nak bagitau aku??? mungkin ibu tak nak aku sedih..... ali mengalami pendarahan dekat mulutnya.... disebabkan itu mak bawa ali pergi hospital..... sampai di hospital, doktor cabut gigi ali untuk hentikan pendarahan.... tiba-tiba staff nurse masuk kan air tersalah tempat, saluran air tersebut pergi paru-paru ali... menyebabkan air bertakung dekat paru-paru ali..... di sebabkan itu, ali demam teruk suhu badan ali sangat tinggi sangat..... kesiannya dia terseksa sampai macam tu.... mungkin dia nak cakap yang dia sakit tapi dia tak boleh nak keluarkan suara dia.....

jam 12.30am...8 Mei 2011, ibu dapat satu panggilan telefon..... waktu tu akak yang angkat.... " acik, orang nak bagitau, ali tengah tenat sekarang ni.... acik datang lah tengok ali..." panggilan dari abang ali.... waktu tu, badan aku menjadi sejuk ketakutan kehilangan dia.... aku dan family bersiap-siap nak pergi ke hospital..... 1.50pm... satu lagi panggilan yang diterima..... "acik ali dah meninggal...." "innalilah".... aku terus menitiskan air mata..... aku kehilangan sahabat yang sentiasa bersama dengan aku.....genap setahun kau meninggalkan aku dalam kesunyian.......

YA ALLAH!!! cepatnya kau mengambil sahabat aku...... aku tidak dapat menerima semua itu..... sewaktu membaca yassin... air mata aku bercurah-curah tanpa dapat aku kawal..... hati aku terlalu sebak waktu itu.... jam 5.45pm.... jenazah muhammad ali bin salim tiba di rumah.... Ya Allah!!!!!! kuatkan semangat aku....... adakah aku bermimpi ya allah..... betulkan aku di alam yang nyata??? adakah ni hanya drama persahabatan yang sering aku tonton di televisyen???? wajah ali aku tatap buat kali yang terakhir...... ya allah aku kehilangan seorang teman yang sering bersama dengan aku sejak kecil lagi...... tiada teman untuk aku bercerita, tiada orang yang akan menjaga aku lagi..... dia pergi meninggalkan aku.... bukan untuk sedetik tetapi untuk selamanya...... ALI!!!!!!!! AKU SAYANG DEKAT KAU!!!!!! AKU SAYANG SANGAT DEKAT KAU!!!!!! KENAPA TINGGALKAN
AKU???? KENAPA??? KAU TAK NAK JAGA AKU LAGI KE??? KAU TAK SAYANG AKU KE???........

aku harus menredhai pemergiaannya..... biar dia hilang di hati... asalkan dia tetapi di hatiku.... SELAMANYA..... PERSAHABATAN KITA TIDAK AKAN BERAKHIR..... TUNGGU LAH AKU, AKU AKAN MENYUSUL KAU KEMUDIAN..... semoga kau bahagia di sana.... AMIN.....

muhammad ali telah kembali ke rahmahtullah pada 8 Mei 2011....
marilah kita sedekahkan al-fatihah, semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.....
amin......


karya:
nurul hatika bt ithnin suri
upper six budiman.